Saturday, 7 April 2012

السلام عليكم



Tentang Chief


Terlebih dahulu  diucapkan ribuan terima kasih dan menghargai kesudian saudara/saudari meluangkan sedikit masa dengan menjenguk blog ini. Saya Mohd. Khirzam bin Ab.Rahman, dilahirkan di Melaka serta dibesarkan di Kuala Lumpur. Telah beristeri seorang dan dianugerahkan enam orang anak. Saya telah berkhidmat di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur  hampir 24 tahun. Sekarang  saya ditugaskan  di Pejabat Ketua Pengarah, DBKL sebagai Pegawai Penyelaras, yang sehariannya berhadapan dengan aduan awam dan  keluh resah warga kota yang perlu diambil perhatian.Saya amat bersyukur ke hadrat Illahi kerana diberi peluang untuk meneruskan pengajian ke peringkat Ijazah di Universiti Kebangsaan Malaysia, umur bukan penghalang dan bukan pangkat yang dicari tetapi demi ilmu pengetahuan, maruah diri, keluarga, bangsa dan masyarakat. sesungguhnya, " Ilmu bagaikan air yang mengalir tidak henti-henti, maka wajib  dituntut  hingga  ke akhir hayat".


      Rasulluh SAW Bersabda: 
     " Barang siapa menuju suatu jalan untuk mencari ilmu, nescaya Allah  akan permudahkan baginya suatu jalan menuju ke Syurga "   ( Hadis Riwayat Muslim) 

    

 Memancing di laut mahupun  di sungai adalah hobi saya kerana ianya mengajar erti kesabaran dan mencabar saya dari segi fizikal dan mental. Di samping itu juga bagi mengiratkan silaturrahim , saya suka pergi melancung, jauh perjalanan luas pandangan dan menjalankan aktiviti riadah seperti berkhemah di hutan, di tepi pantai bersama keluarga dan rakan -rakan.
Di antara kegemaran saya juga adalah bertemu dan berkenalan dengan masyarakat sekeliling, serta berpeluang menghulurkan bantuan melalui program team building, motivasi, program pembangunan diri serta dapat berkongsi pengalaman bersama wargakota, belia, remaja dan persatuan-persatuan penduduk di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Dengan sedikit pengalaman serta pengiktirafan sebagai Jurulatih dari Biro Tata Negara (BTN) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, saya dapat mengenali diri saya dan diri orang lain betapa pentingnya masyarakat yang memiliki ilmu pengetahuan dan sentiasa kenal diri. 


       Sesungguhnya individu yang cemerlang adalah individu yang dapat membina kehidupannya, keluarganya dan alam sekitar dengan mengamalkan nilai-nilai murni serta suasana sejahtera lagi bahagia. Budaya kecemerlangan ini dijadikan agenda hidup saya pada saat dan ketika demi mencapai keredhaan Allah S.W.T.
Saya rasa cukup sekadar ini insyaAllah akan kita bertemu dan bercerita lagi di lain lembaran. Sekian Wasalam.



2 comments: