Thursday, 31 May 2012

Monday, 28 May 2012

Tuesday, 22 May 2012

Assingment Kumpulan Spiral Aplikasi Komputer Power Point.pdf

Assingment Kumpulan Spiral Aplikasi Komputer.pptnew1.1                                      

SINGGAH NENGOK IKLAN NI JAP.....


PROJEK BERBILION...BILION.........


Sebentar di rumah Datuk Fadly.........

Monday, 21 May 2012

Assingment ke 2: Aplikasi Komputer (EPPD 1023)




Tajuk:  
“ KECANGGIHAN PRODUK TERKINI DENGAN MENGGUNAKAN TEKNOLOGI NANO ”  




Nama Kumpulan:      SPIRAL STAR  


Ahli Kumpulan   :  
      
ZULFADLY BIN ISMAIL                                               (GA 01297)

MOHD. KHIRZAM B. AB.RAHMAN  (Chief)         (GA 01292)
MOHD. SYAZWAN B. MEHAROMI                         (GA 01400)

MUHAMMAD SHAFIQ B. ABD. RAHIM                (GA 01296)

         

Monday, 7 May 2012

Ke Program BTN Kelantan dan Reaky ke Royal Belum.....

Pada 26/4/2012 jam 9.00 malam bertolak dari Kuala Lumpur ke Kelantan dan pada pagi 27/4/2012 kami sampai di Kem Pantai Cinta Berahi (PCB). Program bermula pada 27 hingga 29/4/2012, Saya mengikuti program PEMADAM dengan kerjasama Biro Tatanegara (BTN) Kelantan, Kekuatan Peserta Seramai 120 (PEMADAM) dari Kawasan Bandar Tun Razak, Cheras. Berbagai Aktiviti Dijalankan diantaranya perlawanan Bolasepak dan Futsal Persahabatan diantara wakil PEMADAM Kelantan. Disamping itu Para peserta di dedahkan dengan aktiviti team building dan semangat sepasukan.
Pada 29/4/'12 jam 8.30 pagi saya bertolak ke Kuala Kangsar untuk mengadakan satu lagi lawatan untuk ke Tasek Belum, Saya menginap semalaman di rumah rakan di Kuala Kangsar, Perak. Tanggal 30 April 2012, Jam menunjukkan 3.30 petang. Perjalanan hampir dua setengah jam dari Kuala Kangsar, Perak, kami sampai di tempat Jeti Awam Tasek Banding. Sambil menunggu Pak Yoep menyediakan bot laju, kami pekena kopi dulu di kedai minuman yang disediakan berdekatan di situ. Lebih kurang 10 minit bot yang ditunggu-tunggu pun sampai dan kami dibenarkan menaiki bot tersebut,dengan 40 kuasa kuda ,bot Pak Yoep pun meluncur laju menuju ke arah pulau di Tasik Banding.

Jeti Awam Pulau Banding


Papan Kenyataan : Jeti Awam tempat menaiki Bot untuk ke pulau di Tasek Temengor, Banding Perak.
Menaiki bot untuk mengelilingi pulau dan ke tempat penginapan. Perjalanan ke tempat penginapan yang dicadangkan ialah di Pulau Kail jarak perjalanan lebih kurang 25 minit sahaja dengan menaiki bot laju.
Indah sungguh kejadian alam ciptaan Allah S.W.T, terasa kerdil diri ini melihat kebesarannya, keindahan Alam semulajadi memukau diri ini, dengan lautan air tasek yang ke hijau-hijaun dikelilingi hutan hujan yang meredupkan mata dan ;sudah pasti menyimpan sejuta kazanah yang penuh berharga, manakala  kehidupan ungas-ungas yang berbagai rupa. Sang Ungka bersahut-sahutan menyambut kehadiran kami,  kehijauan pokok yang menunjang ke langit mencapai awan, terdapat tumbuhan ubat-ubatan dan bunga bunga flora dan fauna yang menarik perhatian kami. Pat Yeop membawa kami mengelilingi beberapa pulau dan resort yang berhampiran dan menunujukkan lokasi-lokasi yang terdapat banyak spesis ikan bermain seperti ikan Sebarau, Ikan Kaloi, Ikan Toman,Ikan Lampam, dan sebagainya.
Cadangan Tempat Penginapan Yang akan kami lawati nanti pada next program, dan bersama pemandu bot Pak Yeop yang sangat peramah... Gambar menunjukkan tempat yang dinamakan Pulau Kail, boleh memuatkan seramai 250 orang satu-satu masa, terdapat Dewan Besar, Tempat memasak, Kemudahan Asro,PA System, Bilik yang boleh memuatkan 6 orang, Jungle Tracking sejauh lebih kurang 2 jam perjalanan untuk sampai di menara tinjau. Di menara tinjau kita dapat melihat sekelilingi pulau pandangan dari atas. Aktiviti water confident, memancing, berkayak, berakit, Melawat tempat sira gajah, bunga-bungaan, flora dan fauna, mandi air terjun dan melawat perkampungan orang asli. AKtiviti pada malam kita boleh juga mengadakan night walk untuk melihat pokok paku pakis dan kulat2 yang bercahaya yang berwarna - warni dan mendengar bunyi-bunyian unggas2 pd waktu malam sungguh syahdu......




Menara Tinjau...



Tunggu...belum puas menikmati keindahan kamu ....kami akan datang lagi menjengguk kamu...wahai Belum.....

Friday, 4 May 2012

Tugasan Kumpulan

Cerita Tentang Sahabat Rugi Tak Baca......


Pejam celik, pejam celik je dah nak raya. Dah lama aku tak balik kampung.Rasanya dah dekat lima tahun sejak aku sambung belajar ke luar negara.Tahun ni, dapat gak aku beraya di kampung, jumpa mak abah dan adik-adik kawan-kawan yang dah lama hilang tanpa khabar berita. Apa cerita Naim ye?Dah lama aku tak contact dia. Kalau jumpa mesti dia marah gile kat aku pasal aku tak reti-reti nak hantar surat kat dia. Dulu masa kecik main sama-sama.Bila dah belajar... lupa kawan! Raiz senyum sendirian. Terkenang zaman riang kanak-kanaknya bersama Naim.


Bas yang terhenyak-henyak dek jalan yang berlubang terasa bagai membuai sambil melayan kenangan. Mesti semua orang terkejut dengan kepulangannya. Mesti ramai awek kampung menyesal kerana mengejek dia dahulu. Maklumlah dulu Raiz 'nerd'! Selalu kena buli. Naimlah yang selalu jadi 'bodyguard'nya. Tapi sejak belajar di luar negara, dia dah berubah. Jadi kacak dan pandai bergaya. Naim juga mesti terlopong  melihat perubahan dirinya. Bas yang membawa Raiz dari pekan tadi berhenti di bahu jalan. Untuk sampai ke rumah, Raiz kena berjalan kaki hampir sepuluh minit.

Ketika turun dari bas, Raiz lihat ada seseorang duduk mencangkung di bawah tiang lampu. Seakan macam dikenalinya orang itu. Raiz menghampiri. Orang itu terkebil-kebil memandangnya sambil menggigit anak kemuncut. "Wey! Siut! Aku ingat orang darat mana tadi! Engkau rupanya! Apa kau buat tepi jalan malam-malam camni?" Razi bersuara sambil memeluk Naim yang terkekeh-kekeh ketawa. "Aku tunggu kau baliklah! Wah! Orang UK! Balik Malaysia jadi camni kau yek.. hensem nampak?" Naim menepuk-nepuk bahu Raiz . Kegembiraan jelas terbayang diwajahnya. "Biasa la! zaman bersedar, manusia pun kena berubah! Mana kau tau aku nak balik?" Naim tidak menjawab soalan Raiz, cuma tersengih-sengih. Raiz memerhatikan Naim dari atas hingga ke bawah. Ada perubahan ketara pada sahabatnya. Nampak berserabut, selekeh dan kakinya sedikit tempang. "Apa kena dengan kau ni? Apasal kaki kau tu? Lagi satu aku tengok kau ni macam ada masalah je..." tegur Raiz. 

Naim kelihatan murung. " Aku memang ada masalah pun. Eh! kau ni terus balik rumah ke?" Naim mengubah topik. "Cadangnya gitulah!" "Ala! singgahlah rumah aku dulu! Aku dah lama tak borak dengan kau. Banyak  benda aku nak cerita. Bukan senang aku nak jumpa kau!" pujuk Naim lalu menarik tangan Raiz, dan tanpa membantah, Raiz mengikut sahaja. "Tak apalah, malam ni aku temankan Naim! Pagi esok aku balik la! boleh terus siap untuk sembahyang raya!" kata Raiz dalam hati. "Eh? Kau duduk sorang je ke? Mana mak ayah kau? Raiz kehairanan apabila mendapati suasana rumah Naim sunyi sepi. Malah rumah itu hanya diterangi cahaya pelita minyak tanah! Naim menarik nafas panjang. "Inilah! nasib aku malang betul Iz,lepas kau pergi UK dulu, macam-macam terjadi kat aku! Mak ayah aku sakit, aku tak dapat sambung belajar sebab nak jaga diorang.Terpaksalah aku buat kerja kampung. Tapi mulut orang jahat betul, aku dituduhnya buat kerja-kerja mencuri. Kaki aku ni, tempang dibalun dek orang kampung la!" Terkejut Raiz mendengar cerita Naim. "Setahun lepas tu mak ayah aku meninggal. Kau tau, takde sapa yang datang nak uruskan jenazah, kecuali mak abah kau dengan pak imam je! " Naim terisak-isak. Dia mengesat airmata dengan lengan bajunya yang lusuh. Raiz tergamam. Tidak disangka-sangka nasib Naim sebegitu malang. " Lepas mereka meninggal, hidup aku jadi tak tentu arah. Aku tak ada tempat  nak mengadu. Tiap-tiap malam raya sampailah ke hari raya, aku tunggu tepi  jalan, manalah tau kot-kot kau ada balik! Pasal aku tau kau sorang je boleh dengar masalah aku. Semua orang cakap aku gila. Minah-minah kilang pulak tuduh aku nak mengenen diorang. Hishh! Aku cuma tunggu kau balik! Salah ke? Kau kawan aku dunia akhirat. Diorang apa tau?Tak peduli aku makan ke, minum ke! sakit ke! matipun diorang mesti tak ambil peduli!" Suara Naim sedikit tinggi.

Menunjukkan "Aku mintak maaf Naim, aku betul-betul tak tau hidup kau susah sampai macam tu sekali!" Raiz menyuarakan rasa bersalahnya. Naim cuma tersenyum. "Tu la kau, pergi belajar jauh-jauh tu kenapa? Dah langsung tak dengar berita. Tengok-tengok balik dah jadi camni bergaya kau ye! Eh! Minumlah! rumah aku takde apa boleh dimakan. Ni je la!". Naim menyorong gelas berisi teh sejuk dan sepiring biskut kering. Hati Raiz sebak. Sampai begini susah hidup Naim! "Aku mintak maaf Naim, sedih sungguh aku tengok kau ni!" Suara Raiz sayu dan pilu. Naim senyum tawar. "Buat apa kau mintak maaf? Aku jadi macam ni pun bukan kau punya angkara. Dah nasib aku, nak buat camana. Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini! ye. Esok dah nak raya,aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung kaki.Halalkanlah makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni datanglah rumah aku ye!" Mereka berbual hingga larut malam. Raiz tak sedar hingga pukul berapa. Ketika matanya terasa berat, Naim menghulurkan bantal kecil dan tilam nipis sambil tersenyum. Terus Raiz tertidur. "Astaghfirullah! Budak ni kat sini rupanya! Puas kita tunggu dia balik!" Satu suara kuat menyebabkan Raiz tersentak dari tidur.Terpisat-pisat Raiz bangun."Eh? Mak!" terkejut Raiz lihat ibunya berdiri di depan bersama ayah dan ahli keluarganya yang lain. Berpakaian cantik dan kemas. "Yang kau tidur kat sini pagi-pagi raya ni kenapa? Dah takde rumah nak balik?" jerkah ayahnya. "Eh? Kenapa pulak diorang marah ni? Raiz memerhatikan sekelilingnya. Tiada gelas berisi teh... tiada biskut kering! Hanya daun-daun kering yang bertaburan! Di tepinya terpacak batu nisan! Raiz melompat bangun. Raiz pandang sekeliling. Bukan satu sahaja batu nisan,ada dua, tiga, malah berpuluh-puluh lagi. Raiz mengelabah.  "Eh? Semalam saya pergi rumah Naim, mak... ayah! "Kenapa?? Kau tengok... dekat kubur siapa kau tidur tu!" Raiz segera mengamati tulisan jawi yang tertulis pada batu nisan. Abdul Naim bin Malik.16 September 1975 - 27 Oktober 2003! Raiz terpelangah. "Mak! Malam tadi saya jumpa Naim mak!! Kalau dia takde, sapa yang saya jumpa malam tadi? Bulan puasa pun ada hantu ke?" "Budak ni...bulan puasa mana ada hantu! Naim dah tak ada! Dia meninggal hari pertama menyambut puasa. Masa tu ribut, dia duduk dekat kubur arwah mak ayah dia. Ada pokok tumbang tertimpa dia. Esoknya baru orang jumpa dia, dah tak ada.."terang ibunya dengan suara pilu. Raiz tambah terkejut. Terfikirkan pengalaman malam tadi! 'bertemu' arwah Naim di malam menjelang raya.Kalau betul bulan puasa tak ada hantu! apakah yang Raiz temui semalam? Petunjuk apakah yang Allah ingin sampakan padanya terduduk disisi pusara Naim, lantas dia teringatkan kata-kata arwah malam tadi. " Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini! ye. Esok dah nak raya, aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung kaki. Halalkan makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni datang lah rumah aku ye!" Serta-merta Raiz kembali duduk di sisi pusara arwah Naim lalu menadah tangan. Kalimah-kalimah ayat suci disedekahkan kepada arwah."Terima kasih kerana mengingatkan aku! semoga kau tenang dan aman di sana! 


moralnya: jgn lupa kawan dan rajin2lah bertanya khabar

KeNe RaGginG KaSiH SaYaNg.....


Best gak lagu nii....


Thursday, 3 May 2012

SEBARAU 15 KG




SEBARAU 15 KG



BUKAN SENANG NAK BUKA TALI TU......!!!!


BERANI CUBA LER....



KALAU NAK TAHU MINTA TOLONG KAT  CHIEF.......

10 VIRUS TERCANGGIH DI DUNIA !!!


Virus komputer sememangnya sering membuat kita kesal apa lagi akibat virus komputer , PC kita harus di format saya sendiri berkali kali kena kerena saya kurang waspada, penyebaran virus komputer bermacam macam baik melalui flashdist ataupun melalui koneksi internet, di zaman sekarang kita harus pintar,  pintar untuk mengenali virus komputer agar PC kita tidak terinfeksi virus komputer yang mematikan. 

Berikut adalah daftar virus komputer tercanggih di dunia:-

1. Storm Worm
Storm Worm adalah virus komputer yang muncul pada tahun 2006, Storm Worm  ini adalah sebuah julukan yang di berikan oleh perusahaan di Finlanddia F-Secure,   Strom Worm ini menyebar melalui via email dengan judul 230 dead as storm betters Europe Storm worm ini adalah sebuah program Trojan House yang dari beberapa versinya dapat membuat menjadi bots atau membuat computer menjadi mengirimkan email spam secara automatic, Worm Storm menyumbang 8% dari seluruh infeksi malware secara global  
Anti virus Yang digunakan : BitDefender Antivirus (www.bitdefender.com)

2. Leap-A/Oompa- A
Leap-A/Oompa- A adalah virus komputer yang menyerang system operasi Mac Os yang mampu mengirimkan pesan ke semua kontak yang anda miliki pada iChat,  virus ini masuk melalui iChat yang berformat JPEG, virus Leap-A atau Oompa- A belum cukup berbahaya tetapi pada zaman ini teryata ada orang yang mampu membuat sebuah virus yang mampu menembus sistem operasi Mac Os meskipun  pada Mac Os memiliki konsep security through obscurity yang yakin akan tidak ada virus yang menembus sistemnya. 
Anti virus Yang digunakan : Kaspersky Anti-Virus (www.kaspersky.com)

3. Sasser virus
Sasser virus, virus komputer ini mampu melumpuhkan system Window yang mampu dibuatnya sampai tidak boleh melakukan proses ShutDown tanpa pada sumber dayanya atau aliran listriknya di cabut, virus ini tidak menyebar melalui vvia email tetapi bila computer yang terserang virus ini ada koneksi dengan computer yang lain maka virus ini akan berjalan secara otomatis dan computer yang pertamanya tidak terserang virus ini menjadi ikut terserang. Netsky, Netsky adalah virus yang menyebar melalui via email dengan 22 Kb attachment file dan jaringan Windows, bila netsky ini menyerang akan memyebabkan pada system DOS akan mengalami eror. Sasser and Netsky ini di buat oleh seorang anak yang berumur 17 tahun yang bernama Seven Jaschan,
Anti Virus Yang digunakan ; Webroot Antivirus (www.webroot.com)

4. MyDome
MyDome adalah virus komputer yang menyebar melalui via email selai itu MyDome ini menyebar melalui media search engines (seperti Google) virus ini mulai menyebar tanggal 1 february 2004 yang lalu dan menyerang DOS yang kedua virus ini menyebar pada tanggal 12 february 2004, gara gara MyDome ini tersebar pada search engines SENATOR US CHUCK SCHUMER mengajukan agar secepatnya membuat National Virus Response Center.
Anti Virus Yang digunakan : ESET Nod32 (www.eset.com)

5. SQL Slammer/Saphire
SQL Slammer/Saphire ini mulai menyebar pada januari 2003 virus ini menyebar cepat melalui internet. Pada 2003 ATM Bank Amerika mengalami crash, dan menyebabkan layanan 911 Seattle hancur dan Continental Airlines membatalkan penerbanggan mereka karena eror checkin dan ticketing,maka virus SQL Slammer/Saphire ini menyebabkan kerugian mencapai $1Miliar. 
Anti virus Yang digunakan : AVG Anti-Virus (www.avg.com)

6. Nimba virus
Nimba virus ini menyebar pada tahun 2001 dan penyebarannya sangatlah cepat, Nimba virus ini adalah memiliki targen server server besar dan membuatnya menjadi backdoor ke Os, virus ini cara penyebarannya melalui internet access, menurut TruSecure CTO Peter Tippet Nimba virus ini hanya perlu  22 minit untuk masuk menjadi TOP teen Virus tercanggih.
Anti Virus : Vipre Antivirus + Antispyware (www.vipreantivirus.com)

7. Code Red & Code Red II
Code Red & Code Red II, virus komputer ini muncul pada musim panas 2001, virus ini bertujuan pada saat computer berhubungan dengan White House maka semua computer yang kena virus Code Red & Code Red II ini akan mengaccess ke web di white House secara otomatis dan berbarengan, maka akan menjadi overload atau serangan ke DDoS, Code Red & Code Red II ini menyerang OS Windows 2000 dan NT.
Anti virus : F-Secure Anti-Virus (www.f-secure.com)

8. The Klez
The Klez, virus ini baru menyerang pada tahun 2001, The Klez ini menyerang melalui Via Email, Virus ini dapat menggandakan email dan terus mengirimkannya ke semua yang ada pada addres book. The Klez ini juga dapat menyebabkan kumputer anda tidak bisa beroprasi secara normal dan tidak dapat menghentikan anti virus.
Anti Virus : Trend Micro (www.trendmicro.com)

9. ILOVEYOU
ILOVEYOU adalah Virus komputer yang munculnya dari Filipina yang berbentuk Worm, virus ini menyebar via email, Virus ini dapat membuat file virus ini dan mereplikasi dengan sendirinya, Virus ILOVEYOU ini berjudulkan surat cinta dari pengagum rahasia, Original file nya atau induk dari virus ini adalah LOVE-LETTER- FOR-YOU.TXT. vbs., VBS (Visual Basic Scripting) , pencipta virus ILOVEYOU ini adalah Onel de Guzman dari FILIPINA
Anti Virus : McAfee VirusScan (www.mcafee.com)

10. Melissa virus
Melissa virus ini di buat pada tahun 1999 oleh David L Smith, virus ini menyebar Via email dengan document Here is that document you asked for, dont show it to anybodey else. Bila anda membuka file yang dikirimkan nya ini maka document ini akan menyebar secara otomatis . dan dapat menyebabkan replikasi virus ini secara otomatis mengirimkan document ini ke 50 Top email address yang ada di email anda.
Anti virus : Norton AntiVirus (www.symantec.com)


sumber : http://www.kaskus.us/showthread.php?t=8080654
Posts Related to kenali 10 virus komputer tercanggih di dunia
anti virus terbaik 2012 ini berdasarkan yang di pakai oleh banyak pengguna komputer dunia, anti virus sangat diperlukan sekali dalam memproteksi dari seranga virus yang sedang bermaharaja rela sekarang ini ...
smadav kini sudah sampai ke REV 8.9 perlu di ketahui smadav 8.9 adalah antivirus lokal buatan anak indonesia, smadav sendiri terbukti meremove virus lokal maupun virus virus komputer yang terkenal ...
·     Virus DNSChanger
Federal Bureau Investigation (FBI ) sampai turun tangan membasmi virus DNSChanger. Memangnya seganas apa virus ini, hingga membuat lembaga federal Amerika Serikat itu bimbang? Menurut Indonesian Computer Emergency Response Team ...
DMCA.com
kata kunci yang datang:
Posted by jrengkong hidup1 Response

copy from Dot CPU
Informasi Komputer Teknologi