Pada 29/4/'12 jam 8.30 pagi saya bertolak ke Kuala Kangsar untuk mengadakan satu lagi lawatan untuk ke Tasek Belum, Saya menginap semalaman di rumah rakan di Kuala Kangsar, Perak. Tanggal 30 April 2012, Jam menunjukkan 3.30 petang. Perjalanan hampir dua setengah jam dari Kuala Kangsar, Perak, kami sampai di tempat Jeti Awam Tasek Banding. Sambil menunggu Pak Yoep menyediakan bot laju, kami pekena kopi dulu di kedai minuman yang disediakan berdekatan di situ. Lebih kurang 10 minit bot yang ditunggu-tunggu pun sampai dan kami dibenarkan menaiki bot tersebut,dengan 40 kuasa kuda ,bot Pak Yoep pun meluncur laju menuju ke arah pulau di Tasik Banding.
Papan Kenyataan : Jeti Awam tempat menaiki Bot untuk ke pulau di Tasek Temengor, Banding Perak.
Menaiki bot untuk mengelilingi pulau dan ke tempat penginapan. Perjalanan ke tempat penginapan yang dicadangkan ialah di Pulau Kail jarak perjalanan lebih kurang 25 minit sahaja dengan menaiki bot laju.
Indah sungguh kejadian alam ciptaan Allah S.W.T, terasa kerdil diri ini melihat kebesarannya, keindahan Alam semulajadi memukau diri ini, dengan lautan air tasek yang ke hijau-hijaun dikelilingi hutan hujan yang meredupkan mata dan ;sudah pasti menyimpan sejuta kazanah yang penuh berharga, manakala kehidupan ungas-ungas yang berbagai rupa. Sang Ungka bersahut-sahutan menyambut kehadiran kami, kehijauan pokok yang menunjang ke langit mencapai awan, terdapat tumbuhan ubat-ubatan dan bunga bunga flora dan fauna yang menarik perhatian kami. Pat Yeop membawa kami mengelilingi beberapa pulau dan resort yang berhampiran dan menunujukkan lokasi-lokasi yang terdapat banyak spesis ikan bermain seperti ikan Sebarau, Ikan Kaloi, Ikan Toman,Ikan Lampam, dan sebagainya.
Cadangan Tempat Penginapan Yang akan kami lawati nanti pada next program, dan bersama pemandu bot Pak Yeop yang sangat peramah... Gambar menunjukkan tempat yang dinamakan Pulau Kail, boleh memuatkan seramai 250 orang satu-satu masa, terdapat Dewan Besar, Tempat memasak, Kemudahan Asro,PA System, Bilik yang boleh memuatkan 6 orang, Jungle Tracking sejauh lebih kurang 2 jam perjalanan untuk sampai di menara tinjau. Di menara tinjau kita dapat melihat sekelilingi pulau pandangan dari atas. Aktiviti water confident, memancing, berkayak, berakit, Melawat tempat sira gajah, bunga-bungaan, flora dan fauna, mandi air terjun dan melawat perkampungan orang asli. AKtiviti pada malam kita boleh juga mengadakan night walk untuk melihat pokok paku pakis dan kulat2 yang bercahaya yang berwarna - warni dan mendengar bunyi-bunyian unggas2 pd waktu malam sungguh syahdu......
Menara Tinjau...

No comments:
Post a Comment