Tuesday, 26 June 2012

Zikir Munajat Keampunan

Marilah kita berhenti sejenak dan bersama-sama membasahkan lidah kita dengan zikir munajat serta menghayati zikir ini, semoga Allah memberkati kita semua, Amin, 
-chief-



Aku memohon ampun Ya Allah, 
Maha Penerima Taubat,

Aku memohon ampun Ya Allah daripada segala dosa,
Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna,

Berikanlah aku amalan yang dimakbulkan,

Kurniakan kepadaku rezeki yg meluas,

Terimalah taubat kami dgn taubat nasuha

zikir munajat


Tuesday, 19 June 2012

IKTIAR HIDUP DI HUTAN



SUNDAY, AUGUST 7, 2011


IKHTIAR HIDUP DI HUTAN


Ikhtiar Hidup Di Hutan adalah satu ilmu yang sangat berguna bagi sesiapa yang minat aktiviti kembara di kawasan perhutanan tropika seperti di negara kita ini.
Ilmunya mudah dipelajari. Yang penting ialah semangat untuk hidup dalam menghadapi berbagai masalah dan cabaran. Biasanya dengan semangat yang kental, berbagai masalah dapat diatasi, termasuk berikhtiar mencari jalan keluar dengan selamat. Namun begitu tidak ada jaminan bahawa semua ikhtiar hidup pasti akan berjaya. Tetapi sekurang-kurangnya kita mesti cuba seberapa daya ke arah kejayaan.
Kita perlu ketahui bahawa didalam hutan bukanlah seperti di pekan atau di kampung dimana berbagai barangan dan bahan sentiasa boleh dibeli untuk makan atau diguna bagi keselesaan hidup. Jadinya setiap orang yang minat mengembara ke hutan harus membuat persiapan yang mencukupi. Dengan kata lain beliau perlu membawa pakaian yang sesuai dan peralatan serta makanan yang mencukupi bagi tempoh kembaraannya.

Bekalan dan peralatan yang patut dibawa untuk kembara di hutan ialah:
. Khemah, beg tidur dan tikar getah

. Macis, pemetik api, parang, lampu picit serta bateri
. Peta, kompas
. Beras, kopi, teh, gula, garam, minyak masak
. Ikan kering, cili kering, bawang, kunyit, rempah dsbnya
. Periok, pinggan dan sudu plastik serta pisau dapur
. Makanan ringan seperti Mi sedia atau biskut kering
. Sepasang baju dan seluar panjang, topi serta kasut dan stoking
. Sepasang baju dan seluar ganti serta sehelai sarong
. Ubat dan alatan pertolongan cemas serta peralatan dandanan


Peralatan Ikhtiar Hidup

Persediaan diatas amat sempurna untuk ke hutan. Tetapi biasanya bagi seseorang yang hilang di hutan, peralatan tersebut jarang sekali dibawa bersama sebab terlalu berat atau tidak dirancang untuk tinggal lama di hutan


Oleh itu selain pakaian, peralatan yang harus dibawa adalah seperti berikut:
. Mancis, pemetik api dan parang

. Lampu picit dan bateri
. Ubat pertolongan cemas wisel dan peralatan dandanan
. Hammock (buaian) dan ponco
. Kain jarang (untuk tutup muka dan badan sewaktu tidur)
. Sarong tangan
Hammock diikat di pokok dan jadikan buaian untuk tidur. Ponco diguna sebagai bumbung untuk megelak dari hujan. Kain jarang dipakai sebagai selimut dan sarong tangan bagi mengelak dari gigitan nyamuk.
Peralatan Terpenting
Jika senarai peralatan diatas tidak juga dibawa, maka yang paling terpenting dibawa ialah:
. Macis atau petik api

. Parang
Tanpa kedua barangan diatas, ikhtiar hidup masih lagi dilakukan. Tetapi ia bertambah sukar. Sebabnya api penting dalam usaha ikhtiar hidup. Bagitu juga parang yang sangat berguna menebang dan memotong kayu untuk membuat tempat perlindungan atau memotong buluh untuk alat memasak.


Membina Perlindungan

Yang utama dalam Ikhtiar Hidup di hutan ialah membina sebuah perlindungan atau dangau untuk tempat tidur serta berteduh dari hujan.

Membina dangau mengambil masa lebih kurang selama 3 jam. Yang penting ialah mengumpul bahan binaan seperti kayu atau 
buluh serta daun dan akar atau rotan yang boleh dikutip diatas 
tanah atau dipotong dari pokok-pokok yang terdapat dikawasan berhampiran. 


Setelah bahan-bahan tersebut dikumpul, 4 batang kayu panjang dipacak diatas tanah dengan secukup kejapnya menjadi satu struktur 6 kaki tinggi, 7 kaki panjang dan 4 kaki lebar. Kemudiannya stuktur ini kira-kira pada ketinggian 3 kaki dari tanah diikat dengan rotan kepada 4 batang kayu atau buluh untuk di lapik dengan beberapa batang kayu kecil sebagai lantai. Batang kayu tambahan dipakai bagi memperkuatkan lantai. Seterusnya daun-daun lebar diikat disebelah atas dangau sebagai bumbung.

Dangau yang siap memberi semangat kepada penghuninya untuk hidup. Sekurang-kurangnya ia memberi perlindungan dari cuaca buruk dan biasanya binatang hutan akan berelak dari kawasan tersebut. Lebih-lebih lagi jika api dipasang ditepinya


Mencari Air dan Makanan


Walaupun hutan merupakan satu kawasan yang mengelirukan bagi seseorang yang tersesat didalamnya, ia mempunyai berbagai pokok-pokok dan tumbuhan serta makanan yang boleh menyelamatkan nasib simalang. Pertamanya hutan sentiasa mempunyai sumbar air untuk minum. Banyak sungai-sungai kecil yang terdapat di hutan. Kadang-kadang terdapat air terjun di lereng-lereng bukit yang airnya bersih untuk di minum.


Air sungai yang keroh pula boleh juga di minum selepas di tapis dengan pasir dan batu. Untuk lebih selamat air boleh dimasak bagi menghapus bakteria yang berbahaya. 
Untuk makan, hutan sebenarnya mempunyai berbagai bahan yang boleh mengisi perut yang lapar. Umpamanya di sungai kecil pun ada banyak ikan yang boleh ditangkap dengan mengguna berbagai cara mudah. Bubu boleh dibuat dari buluh dan diikat dengan rotan. Kemudian bubu ini diletak di saloran air yang biasa dilalui ikan. Untuk menentukan ikan akan mengikut arus ke dalam bubu, permukaan bahagian anak sungai berkenaan boleh 
ditambak dengan tanah atau batu supaya arus airnya disalorkanmelalui kawasan yang dikenakan bubu. Cara demikian boleh menghasilkan banyak ikan terperangkap didalam bubu.
Selain dari ikan, terdapat berbagai tumbuhan di hutan yang boleh dimakan. Rebung umpamanya mudah didapati di rumpun-rumpun buluh. Malahan nasib seseorang yang hilang akan berubah jika ia menemui pokok buluh di hutan. Batang buluh berguna untuk membuat tiang dan lantai dangau. Daunnya boleh disusun dan diselit di bahagian atas dangau sebagai bumbung dan rebungnya boleh dimasak atau pun dimakan sebagai ulam.

Pokok pisang dan pokok ubi juga banyak terdapat di hutan. Kadang-kadang kalau nasib baik mungkin terjumpa pokok buah cempedak atau langsat dan durian. Walaupun pisang, ubi, cempedak, langsat dan durian hutan tidak bagitu sedap seperti yang ditanam di kampong, makanan ini sangat perlu untuk hidup.
Tempat yang mudah mencari sumbar makanan di hutan ialah di 
kawasan tebing sungai. Biasanya pokok seperti nipah, bayas, rotan, pegaga, terung belanda, senduduk, teratai dan lain-lain tumbuh dikawasan tepi air. Semuanya yang disebut diatas boleh dimakan. Batang bayas pula boleh ditebang dan umbutnya sangat sedap dimakan. Sebatang umbut bayas dengan ukuran 4 kaki panjang boleh menjadi bekalan makanan untuk 2 atau 3 orang beberapa hari.



Menyedia Api




Dari sudut ikhtiar hidup di hutan, api dianggap paling pentng. Oleh itu seseorang yang memasuki hutan sudah tentu membawa macis atau petik api. 
Api boleh dinyalakan dengan membakar ranting-ranting kecil serta daun kering yang diatur dalam bentuk tepee atau piramid setinggi 1 atau 2 kaki. Apabila ranting ini menyala dengan baik, 
Ranting-ranting yang lebih besar dimasukkan supaya apinya akan menjadi lebih kuat.  
Seterusnya batang-batang kayu sebesar paha ditambah kepada api yang membara sehinggalah ia menjadi cukup besar untuk berbagai guna. Sekiranya seseorang itu tidak mempunyai macis atau pemetik api, tidak bermana ia tidak boleh berusaha membuat api. Malahan ada berbagai cara bagi membuat api. Masyarakat di zaman silam memang mengguna berbagai  
cara untuk mendapat api.  





Antaranya ialah dengan menggesek batu untuk menghasilkan percikan api yang kemudiannya di tangkap oleh daun kering menjadi bara. Bara itu ditiup sehingga ia menyala menjadi api.

Ada juga api dihasilkan dengan menggunakan 2 jenis kayu. Satu kayu lembut yang dijadikan dulang dan satu kayu keras yang dipakai sebagai pengguris. Dihujung kayu dulang itu dibuat satu lubang untuk mengumpul habuk kayu akibat penggurisan bertubi-tubi keatas dulang oleh kayu keras. Apabila kayu pengguris itu digeselkan tidak berhenti-henti haba panas akan dirasai diikuti dengan asap yang keluar dari bakaran bara habuk kayu yang terperangkap dalam lubang dulang. Bara yang panas itu dipindah keatas daun-daun dan ranting-ranting kering yang telah disediakan. Apabila ditiup bara itu akan menyala dan apinya boleh diguna untuk masak.


Memasak
Memasak tanpa periuk atau kuali boleh dibuat dalam keadaan terdesak. Batang buluh boleh dijadikan alat memasak seperti yang digunakan oleh masyarakat Melayu membuat lemang. Umpamanya ikan yang ditangkap dengan bubu boleh dibalut dengan daun dan dimasukkan kedalam buluh yang disediakan. Seterusnya air secukupnya dimasukkan ke dalam buluh. Kemudiannya buluh itu disandarkan ketepi api untuk memasakkan ikan. Setelah masak, buluh itu dibelah untuk mendapat ikan dan kuahnya.


Sayur juga boleh direbus dalam buluh sebelum dimakan.
Mungkin kalau tidak sabar menunggu masakan dalam buluh, ikan boleh dipanggang diatas bara api dengan menggunakan buluh sebagai pengapit ikan. 
Ubi juga boleh dibakar diatas bara api sebelum dimakan.


Menunggu Bantuan
Dengan adanya tempat perlindungan dan bahan makanan maka besar kemungkinan orang yang hilang itu dapat bertahan seberapa lama mungkin sebelum tiba anggota mencari dan menyelamat untuk menamatkan penderitaan yang dihadapinya.



Mencari Jalan Keluar


Sekiranya pihak yang hilang itu lebih daripada satu orang dan berkemampuan untuk mencari jalan keluar dan mendapat bantuan, maka mereka harus merancangnya dengan cara teratur. Pilih 2 orang yang cergas diantara mereka untuk menuju kearah perkampungan manusia diluar hutan. Jika ada anak sungai berdekatan, maka sebuah rakit boleh dibina dengan menggunakan buluh-buluh atau kayu yang dikumpul. Rakit itu dibawa ke sungai dan dinaiki oleh 2 orang yang dipilih untuk mencari pertolongan. Mereka juga diberi bekalan makanan supaya tidak kelaparan

KUALA LUMPUR MASA DULU...DULU...


(Gambar) Kuala Lumpur Lama-Menyingkap Nostalgia

by STAFF BERITA SEMASA on JULY 27, 2011
bukit bintang lama (Gambar) Kuala Lumpur Lama Menyingkap NostalgiaSekarang Kuala Lumpur merupakan ibukota Malaysia. Kalau nak disingkap & semak semula gambar-gambar Kuala Lumpur lama  dan dulu-dulu memang kita boleh dapat lihat banyak perubahan yang telah berlaku. Semestinya, Kuala Lumpur banyak menyimpan sejarah dan nostalgia yang tersendiri.
Walaupun ada banyak gambar di bawah ini, ada di antara kami pun pada masa itu belum lahir lagi pun….tapi melihat semula gambar lama Kuala Lumpur dulu-dulu, pastinya telah mengimbau kenangan zaman mak bapak dan nenek moyang kita dahulu semasa tinggal di sekitar Kuala Lumpur. Contohnya gambar di atas, merupakan pemandangan dan gambar bagi Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur di sekitar tahun 50 an. Lain bebenor bukan?
Kalau nak tahu, merujuk kepada gambar kat atas yang berpagar cantik itu sebenarnya Sekolah Menengah Perempuan Bukit Bintang (BBGS). Lama dah. Tapi sekarang ini dah jadi Pavilion.
KL 16 (Gambar) Kuala Lumpur Lama Menyingkap NostalgiaIni pula gambar Petaling Street lama.Lengang sahaja waktu ini.Kalau sekarang,nak berjalan pun boleh berlaga bahu.
KL 02 (Gambar) Kuala Lumpur Lama Menyingkap NostalgiaWalaupun dibina sebelum 1900, tetapi bangunan masih mampu dibina dan terdiri dengan cantiknya. Setuju?
bukit aman (Gambar) Kuala Lumpur Lama Menyingkap Nostalgia
Gambar pemandangan sekitar Bukit Aman yang lama
jalan tun perak (Gambar) Kuala Lumpur Lama Menyingkap Nostalgia
Gambar dia atas merupakan gambar Jalan Tun Perak dulu-dulu sekitar tahun 1926. Boleh dilihat keadaan Kuala Lumpur lama, zaman itu lanca merupakan pengangkutan utama di Kuala Lumpur.
masjid jamek (Gambar) Kuala Lumpur Lama Menyingkap Nostalgia
Gambar Masjid Jamek Kuala Lumpur sekitar tahun 1909
general hospital (Gambar) Kuala Lumpur Lama Menyingkap Nostalgia
Gambar Hospital Kuala Lumpur sekitar tahun 50 an
dataran merdeka (Gambar) Kuala Lumpur Lama Menyingkap Nostalgia
Ini satu lagi gambar yang merupakan permandangan Dataran Merdekalama. Sangat syahdu melihatnya. Siapa orang lama boleh lepak dan bersantai di depan Dataran Merdeka. Sekarang ini?
kuala lumpur lama (Gambar) Kuala Lumpur Lama Menyingkap NostalgiaBeginilah rupanya gambar Kuala Lumpur lama. Lebih tenang, cool, nyaman dan segar. Jauh sangat-sangat berbeza dengan keadaan Kuala Lumpur hari ini.
kuala lumpur 2011 (Gambar) Kuala Lumpur Lama Menyingkap Nostalgia
Ini pula gambar Kuala Lumpur kini.Berbezakan? 

KEMANA ROH SETELAH MATI


kemana roh setelah mati
Add caption

Kedudukan roh berbeda selepas keluar dari badan

Banyak berita yang mutawatir menceritakan  apa yang dilakukan oleh roh selepas keluar dari badannya, yang mana tidak boleh dilakukan semasa roh berada dalam badan, umpamanya, ia dapat mengalahkan bilangan tentera yang banyak hanya dengan seorang atau dua   dengan bilangan yang kecil, Nabi s.a.w. bersama Abu Bakar dan Umar melihat dalam mimpi yang  mana roh-roh mereka telah mengalahkan roh askar-askar yang kufur dan zalim, roh orang yang beriman yang lemah dapat mengalahkan bilangan musuh yang banyak  walaupun bilangan  mereka amat kecil.

Dan yang lebih menakjubkan bahawa roh-roh orang yang beriman berkasih-sayang berkenalan dan bertemu antara mereka sedangkan  mereka berada dalam jarak yang amat jauh, mereka sama-sama bersedih dan  bertegur-sapa, mereka kenal antara satu sama lain seolah-olah dia berada disinya dan semacam keluarganya.

Telah berkata Abdullah ibnu Amrin: Roh-roh orang yang beriman bertemu sesama mereka dalam jarak satu hari perjalanan, sedangkan mereka sebelum ini belum pernah bertemu, kata-kata ini adalah berasal dari dari Nabi s.a.w..
Kata Ikrimah dan Mujahid:  Semasa manusia tidur adalah  menjadi sebab membolehkan  roh mereka  keluar sedangkan tempat asalnya tetap di badan,  roh mereka telah pergi dan sampai kesuatu tempat yang diizinkan oleh Allah, apabila roh itu kembali kedalam badannya dia akan jaga, ini adalah umpama sinaran matahari yang sampai kebumi sedangkan matahari tetap berada dilangit yang tinggi  dimana sinarannya tetap berhubung denganya.

Telah berkata Abu Abdullah bin Mandah yang beritanya dari setengah ahli ilmu dengan katanya: Bahawa roh akan keluar menerusi lubang hidungnya  di mana tempat asalnya ialah dalam badannya, jika roh itu keluar keseluruhannya pasti dia mati, umpama     lampu akan  padam apinya jika dipisahkan dengan sumbunya,   tempat asal api adalah dari sumbunya, kalau dinyalakan akan terang benderang rumah itu, maka demikian
juga roh akan keluar dari lubang hidungnya dan akan menjelajah hingga kelangit dan berjalan merata negeri dan bertemu dengan roh-roh simati.

Apabila malaikat yang menjaga roh memperlihatkan kepada sesaorang hamba Allah  dalam   mimpinya, jika orang tersebut   hidupnya  beriman dan beramal  saleh  dia tidak akan melihat perkara yang buruk semasa roh   terpisah dengan badan semasa tidurnya, kerana dia  telah terdidik dengan akhlak yang baik semasa sedar. sebaliknya dia akan melihat   sesuatu yang baik sesuai dengan didikan jiwanya semasa sedar menurut  akhlak mulia yang telah   kurniakan  Allah  kepadanya.

Tetapi jika sesaorang itu sentiasa meringan-ringankan perintah Allah dimana dia sentiasa gemar kepada perkara yang  buruk dan melihat serta beramal dengannya, bila diperliahatkan kepadanya perkara baik  dan buruk atau gambaran-gambaran dari syaitan, dia akan melihat semua perkara tersebut dalam mimpinya, namun begitu bila  jaga dia tidak dapat menghuraikan apa yang diperlihatkan   dalam  mimpi  kerana ia bercampur antara benar dan batal.

Bahan pengajaran Kitab al-Roh oleh ibnu Qaiyyim halaman 270.
Pengajian Mengenai al-Roh dalam Kitab al-Roh

Pasal

Pendapat Yang Mengatakan Bahawa Roh Orang Yang Berhimpun Di Bumi Yang Diwarisi Oleh Hamba Nya Yang Salihin.
Pandangan yang mengatakan bahawa roh mereka berada di bumi berdasarkan Firman Allah Ta’ala;

( ولقد كتبنا في الزبور من بعد الذكر أن الأرض يرثها عبادي الصالحون );

maksudnya; “Sesungguhnya Kami telah catat di dalam kitab Zabur sesudah pengajaran bahawa bumi ini akan diwarisi oleh hamba Ku yang saleh”.
Al- Anbiyak  : 105.



Orang ramai berbeza pendapat mengenai    bumi  tersebut, menurut   pendapat Said Bin Jubair daripada Ibnu Abas; bumi yang dimaksudkan disini  ialah Syurga, ini adalah pendapat kebanyakan ahli tafsir.

Menurut pandangan lain dari Ibnu Abas; Dunia yang   dibentangkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. adalah  kata-kata  yang betul,  kerana ada persamaan dengan firman Allah dalam surah al-Nur ayat 55;

وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي الْأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ

Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (Wahai umat Muhammad) Bahawa ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka:

Dalam hadis Nabi s.a.w. baginda bersabda;
(زويت لي الأرض مشارقها ومغاربها وسيبلغ ملك أمتي ما زويت لي منها )

bererti; “ Diwariskan bumi ini kepadaku timur dan barat, dan kekuasan umat ku akan sampai kepada bumi yang telah diberikan warisan kekuasaannya kepadaku”. Menurut pendapat sebahagian ahli tafsir; yang dimaksudkan bumi disini ialah Baitul Maqdis. 

Pendapat Yang Mengatakan Bahawa Roh Orang Yang Beriman Berada DiIIiyin.
Adapun pendapat yang mengatakan bahawa roh orang yang beriman berada di Illiyin di langit ketujuh,  dan roh orang kafir berada di Sijjin dibumi yang ketujuh, ini adalah pandangan dari golongan ulamak salaf dan khalaf, mereka berdasarkan kata Nabi S.A.W. 

( اللهم الرفيق الأعلى); “Ya Allah Tuhanku, aku pilih al-Rafiq al-A’ala”.





Sebelum ini Abu Hurairah telah meriwayatkan sebuah hadis Nabi; 

 ( ان الميت اذا خرجت روحه عرج بها الى السماء حتى ينتهى بها الى السماء السابعة التي فيها اتله عز وجل );

 “Apabila roh keluar dari badannya dibawa naik keatas hingga  kelangit ketujuh yang pada nya Allah Azjwajalla”.

Abu Musa telah berkata; “Sesungguhnya roh dibawa naik hingga ke Arasy”.
Abu Khuzaifah telah berkata; “Bahawa roh ditahan disisi Tuhanya”.
Kata Abdullah bin Umar; “Roh–roh berada disisi Allah”.

Sebuah hadis Nabi menyatakan; ( ان أرواح الشهداء تأوي الى قناديل تحت العرش);

“Sesungguhnya roh para syuhadak ditempatkan dilampu-lampu di Arasy”.

Al-Barrak bin al-‘Azib pernah menyatakan; roh akan dibawa naik dari selapis langit  kelangit yang lain dan diarak oleh malaikat-malaikat yang hampir dengan Allah sehingga kelangit yang ketujuh, dan dalam lafaz yang lain; sehingga kelangit yang ketujuh padanya Allah Azzawajalla.
Beberapa pendapat di atas tidaklah memastikan bahawa roh menetap disana, malah roh dibawa naik selepas kematiannya untuk menerima perintah Allah, dicatatkan     sama ada mereka di Illiyin atau di Sijjin, kemudian akan dikembalikan kekuburnya untuk disoal,   tidak dikembalikan kesana lagi, roh orang yang beriman ditempatkan di Illiyin berdasarkan  pahala amalan mereka, begitu juga roh orang kafir ditempatkan di Sijjin berdasarkan  amalan dosa mereka.

Pasal;

Pendapat Yang Mengatakan   Roh Orang Yang Beriman Dihimpun Diperigi Zamzam.

Adapun pendapat  demikian tidak ada dalilnya dari al-Quran dan al-Sunnah, tidak boleh berpegang dengan pendapat ini, tidak ada kata-kata dari sahabat Nabi s.a.w. yang boleh dipercayaai, ini adalah tidak saheh, kerana perigi Zamzam tidak muat untuk dihimpunkan   roh orang yang beriman, pandangan ini adalah bercanggah dengan sunah yang saheh menyatakan bahawa roh orang yang beriman berupa burung yang berterbangan dipohon-pohon syurga.
Kata-kata ini adalah sebatil-batil dakwaan dan seburuk-buruknya, malah lebih buruk lagi berbanding dengan pandangan yang menyatakan roh berada  di Jabiyah sedangkan Jabiyah suatu tempat yang luas dan lapang berbanding dengan perigi Zamzam.

Pasal;

Pendapat Yang Menyatakan Bahawa Roh Orang Yang Beriman Berada Di Barzakh Dan Bergerak Dengan Bebas Kemana Dikehendakinya.
Adapun pendapat yang menyatakan demikian adalah diriwayatkan oleh Salman Al-Farisi. Al-Barzakh ialah suatu tempat yang terdinding antara dua alam, Salman bermaksud Barzakh berada di antara dunia dan akhirat yang bebas untuk roh bergerak kemana sahaja dikehendakinya, pandangan ini kuat, kerana roh telah terpisah dari dunia dan belum lagi masuk kealam akhirat.

Roh orang yang beriman berada di alam barzakh yang luas  sedang menerima berbagai ni’mat dan kesenangan. Manakala roh orang kafir pula berada di alam barzakh yang sempit dalam keadaan susah dan azab.

Firman Allah Ta’ala;  ( ومن ورائهم برزح الى يوم يبعثون  )

 ”Dan dihadapan mereka terdapat alam Barzakh iaitu dinding yang membatasi hingga  kehari mereka dibangkitkan”. Al-Mukminun:100.






Pasal:
Pendapat Yang Mengatakan Roh Orang Yang Beriman Disebelah Kanan Adam Manakala Roh Orang Kafir Disebelah Kirinya.
Kata-kata ini telah disokong dengan hadis yang saheh, iaitu hadis mengenai peristiwa Israk, kerana Nabi s.a.w. telah  diperlihatkan hal demikian, kata-kata ini tidak  semestinya roh-roh tersebut berada dekat dengan Adam malah kemunkinan amat jauh dipihak kanannya dan juga  dipihak atasnya sedangkan roh orang kafir disebelah kirinya dalam jurang dan tertahan disana.
Kata Abu Muhammad bin Hazm, bahawa Barzakh yang diperlihatakan kepada Nabi sa.w. dimalam Israk terletak dilangit dunia. Alam  itu berbeza  dengan  alam kita   walau pun  dibawah langit  tetapi tidak dapati padanya air, tanah, api dan udara.

Ada pandangan lain yang mengatakan bahawa roh syuhadak sahaja yang akan dimasukkan kedalam syurga, kerana al-Quran dan al-Hadith menyatakan demikiian, Firman Allah: bermaksud; (Dan janganlah kamu menyangka bahawa orang-orang yang terbunuh pada jalan Allah itu mati malah mereka  hidup dan menerima rezeki dari Tuhan mereka. Mereka gembira dengan kurniaan Allah ). QS.Ali –Imran: 167-170.

Hadith  lain daripada Sa’id al-Khudri, bererti (Roh syuhadak bebas pergi balik kemudian mereka menetap di lampu-lampu yang tergantung di Arasy, Allah berfirman kepada mereka: Adakah kamu tahu   kemuliaan yang lebih baik dari apa yang Aku berikan kepada kamu?, lalu mereka menjawab; tidak,  Cuma kami ingin  agar  dikembalikan kedalam jasad   supaya dapat kami berjuang sekali lagi kejalan Allah). Riwayat Hannad dari Ismail bin al Mukhtar dari ‘Atiah.

Hadith Ibnu Abbas menyatakan, sabda Rasul Allah bemaksud: ( Apabila saudara-saudara kamu terkurban dalam peperangan Uhud, Allah masukkan roh mereka kedalam burung-burng hijau yang bekeliaran disungai-sungai syurga, makan buah-buahan syurga, kemudian mereka pulang  kelampu-lampu yang tergantung  dinaungan Arsasy, apabila mereka merasai keenakan makanan dan minuman lalu mereka berkata; siapakah yang dapat menyampaikan berita kepada rakan-rakan kami bahawa kami sekarang hidup dalam syurga dan mendapat rezeki dari Tuhan, agar mereka tidak merasa berat untuk berjuang dan tidak lari dari mati syahid. Maka  Allah berfirman: (Kami akan sampaikan berita kamu kepada mereka, maka Allah turunkan ayat bermaksud: (Dan jangan kamu menyangka bahawa orang yang terbunuh pada jalan Allah itu mati malah mereka hiidup disisi Tuhan mereka dan mendapat rezeki daripada Nya). QS.Ali Imran 169.

Hadith lain dari al-A’amasy daripada Abdullah bin Murrah, dari Masruq katanya; Abdullah bin Ma’ud telah ditanya mengenai ayat; (Dan jangalah kamu menyangka bahawa orang-orang yang terbunuh pada jalan Allah mati malah mereka hidup dan mendapat rezeki dari Tuhan mereka) Ali Imran:169. Jawabnya memang kami telah Tanya Nabi s.a.w. lalu Baginda menjawab; (Roh orang-orang yang mati syahid berada didalam perut burung hijau yang berlegar didalam syurga kemana sahaja mereka ingin, kemudin kembali menetap dilampu-lampu, maka Allah menjelma kepada mereka seraya bertanya; (Adakah kamu ingin sesuatu yan lain; mereka menjawab;  apakah ada yang  lagi  yang      kami inginkan, sedangkan kami telah bersiar-siar dalam syurga menurut kehenddak kami, Allah terus bertanya mereka hingga tiga kali. Bila mereka terus ditanya juga lalu mereka berkata; Wahai Tuhan, kami ingin supaya pulangkan roh kami kedalam jasad supaya kami dapat berjuang kejalan Mu sekali lagi,  bila mereka tidak ada soalan lain  mereka tidak ditanya lagi. Hadis Muslim  dalam sahehnya.

Bukhari meriwayatkan hadith dari Anas; bahawa Ummu Rabi’ binti al-Barrak iaitu ibu kepada Harisah bin Suraqah telah berjumpa dengan Nabi s.a.w. lalu bertanya; (Hai Nabi Allah,   beritahu kepada saya  berita Harisah – yang terbunuh dalam peperangan Badar    terkena panahan sesat,- kalau dia berada didalam syurga saya akan    sabar, kalau tidak saya akan menangis besungguh-sungguh, jawab Baginda; Wahai Ibu Harisah  sesungguhnya disana beberapa syurga dan anak puan berada dalam syurga Firdaus yang tinggi).

Menurut Ibnu Abbas; Roh orang yang mati syahid berada di dalam perut burung hijau yang bergantung  di buah-buahan syurga, demikian juga pandangan Qatadah katanya; telah sampai berita kepadaku bahawa roh orang yang mati syahid berada didalam badan burung yang berwarna puteh yang sedang memakan buah-buahan syurga.
Menurut Ibnu Umar; semua hadith yang telah disebut sebelum ini jelas menyatakan bahawaa roh orang yang mati syahid sahaja   berada didalam syurga, ada hadith yang menyatakan roh mereka disebut sebagai burung, ada yang menyatakan roh mereka berada didalam perut burung dan ada yang menyatakan roh mereka seperti burung berwarna hijau. Pendapat yang mengatakan roh syuhadak  seperti  burung hijau berdasarkan hadith riwayat Ka’ab bin Malik, bermaksud; (Roh orang beriman seperti burung, tidak menyatakan dalam perut burung ).

Dari Masruq dari Abdullah mengatakan roh mereka seperti burung hijau. Dan dalam Saheh Muslim; Roh Syuhadak berada di dlam perut burung hijau. Kata Ibnu Umar; berdasarkan kepada semua ulasan ini seolah-olah Rasul Allah s.a.w.mengatakan; (Sesungguhnya roh orang yang mati syahid berterbangan bergantung pada pokok-pokok dalam syurga.)


Sumber pengajian;
Ibnu al-Qaiyum, al-Roh, Dar Ibnu Kathir, Berut, cetakan 6, t 2005, hal 255

Oleh
Ustaz Ya ali bin Dahaman Imam Masjid  al-Syakirin Oran