![]() |
| Add caption |
Kedudukan roh berbeda
selepas keluar dari badan
Banyak berita yang
mutawatir menceritakan apa yang dilakukan oleh roh selepas keluar dari
badannya, yang mana tidak boleh dilakukan semasa roh berada dalam badan,
umpamanya, ia dapat mengalahkan bilangan tentera yang banyak hanya dengan
seorang atau dua dengan bilangan yang kecil, Nabi s.a.w. bersama
Abu Bakar dan Umar melihat dalam mimpi yang mana roh-roh mereka telah
mengalahkan roh askar-askar yang kufur dan zalim, roh orang yang beriman yang
lemah dapat mengalahkan bilangan musuh yang banyak walaupun bilangan
mereka amat kecil.
Dan yang lebih
menakjubkan bahawa roh-roh orang yang beriman berkasih-sayang berkenalan dan
bertemu antara mereka sedangkan mereka berada dalam jarak yang amat jauh,
mereka sama-sama bersedih dan bertegur-sapa, mereka kenal antara satu
sama lain seolah-olah dia berada disinya dan semacam keluarganya.
Telah berkata Abdullah
ibnu Amrin: Roh-roh orang yang beriman bertemu sesama mereka dalam jarak satu
hari perjalanan, sedangkan mereka sebelum ini belum pernah bertemu, kata-kata
ini adalah berasal dari dari Nabi s.a.w..
Kata Ikrimah dan
Mujahid: Semasa manusia tidur adalah menjadi sebab membolehkan
roh mereka keluar sedangkan tempat asalnya tetap di badan,
roh mereka telah pergi dan sampai kesuatu tempat yang diizinkan oleh
Allah, apabila roh itu kembali kedalam badannya dia akan jaga, ini adalah
umpama sinaran matahari yang sampai kebumi sedangkan matahari tetap berada
dilangit yang tinggi dimana sinarannya tetap berhubung denganya.
Telah berkata Abu
Abdullah bin Mandah yang beritanya dari setengah ahli ilmu dengan katanya:
Bahawa roh akan keluar menerusi lubang hidungnya di mana tempat asalnya
ialah dalam badannya, jika roh itu keluar keseluruhannya pasti dia mati,
umpama lampu akan padam apinya jika dipisahkan dengan
sumbunya, tempat asal api adalah dari sumbunya, kalau dinyalakan
akan terang benderang rumah itu, maka demikian
juga roh akan keluar
dari lubang hidungnya dan akan menjelajah hingga kelangit dan berjalan merata
negeri dan bertemu dengan roh-roh simati.
Apabila malaikat yang
menjaga roh memperlihatkan kepada sesaorang hamba Allah dalam
mimpinya, jika orang tersebut hidupnya beriman
dan beramal saleh dia tidak akan melihat perkara yang buruk semasa
roh terpisah dengan badan semasa tidurnya, kerana dia telah
terdidik dengan akhlak yang baik semasa sedar. sebaliknya dia akan melihat
sesuatu yang baik sesuai dengan didikan jiwanya semasa sedar
menurut akhlak mulia yang telah kurniakan Allah
kepadanya.
Tetapi jika sesaorang
itu sentiasa meringan-ringankan perintah Allah dimana dia sentiasa gemar kepada
perkara yang buruk dan melihat serta beramal dengannya, bila
diperliahatkan kepadanya perkara baik dan buruk atau
gambaran-gambaran dari syaitan, dia akan melihat semua perkara tersebut dalam
mimpinya, namun begitu bila jaga dia tidak dapat menghuraikan apa yang
diperlihatkan dalam mimpi kerana ia bercampur antara
benar dan batal.
Bahan pengajaran Kitab
al-Roh oleh ibnu Qaiyyim halaman 270.
Pengajian Mengenai
al-Roh dalam Kitab al-Roh
Pasal
Pendapat Yang Mengatakan
Bahawa Roh Orang Yang Berhimpun Di Bumi Yang Diwarisi Oleh Hamba Nya Yang
Salihin.
Pandangan yang
mengatakan bahawa roh mereka berada di bumi berdasarkan Firman Allah Ta’ala;
( ولقد كتبنا في الزبور من بعد الذكر أن الأرض يرثها عبادي الصالحون );
maksudnya; “Sesungguhnya
Kami telah catat di dalam kitab Zabur sesudah pengajaran bahawa bumi ini akan
diwarisi oleh hamba Ku yang saleh”.
Al- Anbiyak : 105.
Orang ramai berbeza
pendapat mengenai bumi tersebut, menurut pendapat
Said Bin Jubair daripada Ibnu Abas; bumi yang dimaksudkan disini ialah
Syurga, ini adalah pendapat kebanyakan ahli tafsir.
Menurut pandangan lain
dari Ibnu Abas; Dunia yang dibentangkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.
adalah kata-kata yang betul, kerana ada persamaan dengan
firman Allah dalam surah al-Nur ayat 55;
وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي الْأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ
Allah menjanjikan
orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (Wahai umat
Muhammad) Bahawa ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang
kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana ia telah menjadikan orang-orang yang
sebelum mereka:
Dalam hadis Nabi s.a.w.
baginda bersabda;
(زويت لي الأرض مشارقها ومغاربها وسيبلغ ملك أمتي ما زويت لي منها )
bererti; “ Diwariskan
bumi ini kepadaku timur dan barat, dan kekuasan umat ku akan sampai kepada bumi
yang telah diberikan warisan kekuasaannya kepadaku”. Menurut pendapat sebahagian
ahli tafsir; yang dimaksudkan bumi disini ialah Baitul Maqdis.
Pendapat Yang Mengatakan
Bahawa Roh Orang Yang Beriman Berada DiIIiyin.
Adapun pendapat yang
mengatakan bahawa roh orang yang beriman berada di Illiyin di langit
ketujuh, dan roh orang kafir berada di Sijjin dibumi yang ketujuh, ini
adalah pandangan dari golongan ulamak salaf dan khalaf, mereka berdasarkan kata
Nabi S.A.W.
( اللهم الرفيق الأعلى); “Ya Allah Tuhanku, aku pilih al-Rafiq al-A’ala”.
Sebelum ini Abu Hurairah
telah meriwayatkan sebuah hadis Nabi;
( ان الميت اذا خرجت روحه عرج بها الى السماء حتى ينتهى بها الى السماء السابعة التي فيها اتله عز وجل );
“Apabila roh
keluar dari badannya dibawa naik keatas hingga kelangit ketujuh yang pada
nya Allah Azjwajalla”.
Abu Musa telah berkata;
“Sesungguhnya roh dibawa naik hingga ke Arasy”.
Abu Khuzaifah telah
berkata; “Bahawa roh ditahan disisi Tuhanya”.
Kata Abdullah bin Umar;
“Roh–roh berada disisi Allah”.
Sebuah hadis Nabi
menyatakan; ( ان أرواح الشهداء تأوي الى قناديل تحت العرش);
“Sesungguhnya roh para
syuhadak ditempatkan dilampu-lampu di Arasy”.
Al-Barrak bin al-‘Azib
pernah menyatakan; roh akan dibawa naik dari selapis langit kelangit yang
lain dan diarak oleh malaikat-malaikat yang hampir dengan Allah sehingga
kelangit yang ketujuh, dan dalam lafaz yang lain; sehingga kelangit yang
ketujuh padanya Allah Azzawajalla.
Beberapa pendapat di
atas tidaklah memastikan bahawa roh menetap disana, malah roh dibawa naik
selepas kematiannya untuk menerima perintah Allah, dicatatkan
sama ada mereka di Illiyin atau di Sijjin, kemudian
akan dikembalikan kekuburnya untuk disoal, tidak dikembalikan
kesana lagi, roh orang yang beriman ditempatkan di Illiyin berdasarkan
pahala amalan mereka, begitu juga roh orang kafir ditempatkan di Sijjin
berdasarkan amalan dosa mereka.
Pasal;
Pendapat Yang Mengatakan
Roh Orang Yang Beriman Dihimpun Diperigi Zamzam.
Adapun pendapat
demikian tidak ada dalilnya dari al-Quran dan al-Sunnah, tidak boleh
berpegang dengan pendapat ini, tidak ada kata-kata dari sahabat Nabi s.a.w.
yang boleh dipercayaai, ini adalah tidak saheh, kerana perigi Zamzam tidak muat
untuk dihimpunkan roh orang yang beriman, pandangan ini adalah
bercanggah dengan sunah yang saheh menyatakan bahawa roh orang yang beriman
berupa burung yang berterbangan dipohon-pohon syurga.
Kata-kata ini adalah
sebatil-batil dakwaan dan seburuk-buruknya, malah lebih buruk lagi berbanding
dengan pandangan yang menyatakan roh berada di Jabiyah sedangkan Jabiyah
suatu tempat yang luas dan lapang berbanding dengan perigi Zamzam.
Pasal;
Pendapat Yang Menyatakan
Bahawa Roh Orang Yang Beriman Berada Di Barzakh Dan Bergerak Dengan Bebas
Kemana Dikehendakinya.
Adapun pendapat yang
menyatakan demikian adalah diriwayatkan oleh Salman Al-Farisi. Al-Barzakh ialah
suatu tempat yang terdinding antara dua alam, Salman bermaksud Barzakh berada
di antara dunia dan akhirat yang bebas untuk roh bergerak kemana sahaja
dikehendakinya, pandangan ini kuat, kerana roh telah terpisah dari dunia dan
belum lagi masuk kealam akhirat.
Roh orang yang beriman
berada di alam barzakh yang luas sedang menerima berbagai ni’mat dan
kesenangan. Manakala roh orang kafir pula berada di alam barzakh yang sempit
dalam keadaan susah dan azab.
Firman Allah Ta’ala;
( ومن ورائهم برزح الى يوم يبعثون )
”Dan dihadapan mereka terdapat alam Barzakh
iaitu dinding yang membatasi hingga kehari mereka dibangkitkan”.
Al-Mukminun:100.
Pasal:
Pendapat Yang Mengatakan
Roh Orang Yang Beriman Disebelah Kanan Adam Manakala Roh Orang Kafir Disebelah
Kirinya.
Kata-kata ini telah
disokong dengan hadis yang saheh, iaitu hadis mengenai peristiwa Israk, kerana
Nabi s.a.w. telah diperlihatkan hal demikian, kata-kata ini tidak
semestinya roh-roh tersebut berada dekat dengan Adam malah kemunkinan
amat jauh dipihak kanannya dan juga dipihak atasnya sedangkan roh orang
kafir disebelah kirinya dalam jurang dan tertahan disana.
Kata Abu Muhammad bin
Hazm, bahawa Barzakh yang diperlihatakan kepada Nabi sa.w. dimalam Israk
terletak dilangit dunia. Alam itu berbeza dengan alam kita
walau pun dibawah langit tetapi tidak dapati padanya
air, tanah, api dan udara.
Ada pandangan lain yang
mengatakan bahawa roh syuhadak sahaja yang akan dimasukkan kedalam syurga,
kerana al-Quran dan al-Hadith menyatakan demikiian, Firman Allah: bermaksud;
(Dan janganlah kamu menyangka bahawa orang-orang yang terbunuh pada jalan Allah
itu mati malah mereka hidup dan menerima rezeki dari Tuhan mereka. Mereka
gembira dengan kurniaan Allah ). QS.Ali –Imran: 167-170.
Hadith lain
daripada Sa’id al-Khudri, bererti (Roh syuhadak bebas pergi balik kemudian
mereka menetap di lampu-lampu yang tergantung di Arasy, Allah berfirman kepada
mereka: Adakah kamu tahu kemuliaan yang lebih baik dari apa yang
Aku berikan kepada kamu?, lalu mereka menjawab; tidak, Cuma kami ingin
agar dikembalikan kedalam jasad supaya dapat kami
berjuang sekali lagi kejalan Allah). Riwayat Hannad dari Ismail bin al Mukhtar
dari ‘Atiah.
Hadith Ibnu Abbas
menyatakan, sabda Rasul Allah bemaksud: ( Apabila saudara-saudara kamu
terkurban dalam peperangan Uhud, Allah masukkan roh mereka kedalam burung-burng
hijau yang bekeliaran disungai-sungai syurga, makan buah-buahan syurga,
kemudian mereka pulang kelampu-lampu yang tergantung dinaungan
Arsasy, apabila mereka merasai keenakan makanan dan minuman lalu mereka
berkata; siapakah yang dapat menyampaikan berita kepada rakan-rakan kami bahawa
kami sekarang hidup dalam syurga dan mendapat rezeki dari Tuhan, agar mereka
tidak merasa berat untuk berjuang dan tidak lari dari mati syahid. Maka
Allah berfirman: (Kami akan sampaikan berita kamu kepada mereka, maka Allah
turunkan ayat bermaksud: (Dan jangan kamu menyangka bahawa orang yang terbunuh
pada jalan Allah itu mati malah mereka hiidup disisi Tuhan mereka dan mendapat
rezeki daripada Nya). QS.Ali Imran 169.
Hadith lain dari
al-A’amasy daripada Abdullah bin Murrah, dari Masruq katanya; Abdullah bin
Ma’ud telah ditanya mengenai ayat; (Dan jangalah kamu menyangka bahawa
orang-orang yang terbunuh pada jalan Allah mati malah mereka hidup dan mendapat
rezeki dari Tuhan mereka) Ali Imran:169. Jawabnya memang kami telah Tanya Nabi
s.a.w. lalu Baginda menjawab; (Roh orang-orang yang mati syahid berada didalam
perut burung hijau yang berlegar didalam syurga kemana sahaja mereka ingin,
kemudin kembali menetap dilampu-lampu, maka Allah menjelma kepada mereka seraya
bertanya; (Adakah kamu ingin sesuatu yan lain; mereka menjawab; apakah
ada yang lagi yang kami inginkan,
sedangkan kami telah bersiar-siar dalam syurga menurut kehenddak kami, Allah
terus bertanya mereka hingga tiga kali. Bila mereka terus ditanya juga lalu
mereka berkata; Wahai Tuhan, kami ingin supaya pulangkan roh kami kedalam jasad
supaya kami dapat berjuang kejalan Mu sekali lagi, bila mereka tidak ada
soalan lain mereka tidak ditanya lagi. Hadis Muslim dalam sahehnya.
Bukhari meriwayatkan
hadith dari Anas; bahawa Ummu Rabi’ binti al-Barrak iaitu ibu kepada Harisah
bin Suraqah telah berjumpa dengan Nabi s.a.w. lalu bertanya; (Hai Nabi Allah,
beritahu kepada saya berita Harisah – yang terbunuh dalam
peperangan Badar terkena panahan sesat,- kalau dia berada
didalam syurga saya akan sabar, kalau tidak saya akan
menangis besungguh-sungguh, jawab Baginda; Wahai Ibu Harisah sesungguhnya
disana beberapa syurga dan anak puan berada dalam syurga Firdaus yang tinggi).
Menurut Ibnu Abbas; Roh
orang yang mati syahid berada di dalam perut burung hijau yang bergantung
di buah-buahan syurga, demikian juga pandangan Qatadah katanya; telah
sampai berita kepadaku bahawa roh orang yang mati syahid berada didalam badan
burung yang berwarna puteh yang sedang memakan buah-buahan syurga.
Menurut Ibnu Umar; semua
hadith yang telah disebut sebelum ini jelas menyatakan bahawaa roh orang yang
mati syahid sahaja berada didalam syurga, ada hadith yang
menyatakan roh mereka disebut sebagai burung, ada yang menyatakan roh mereka
berada didalam perut burung dan ada yang menyatakan roh mereka seperti burung
berwarna hijau. Pendapat yang mengatakan roh syuhadak seperti
burung hijau berdasarkan hadith riwayat Ka’ab bin Malik, bermaksud; (Roh
orang beriman seperti burung, tidak menyatakan dalam perut burung ).
Dari Masruq dari
Abdullah mengatakan roh mereka seperti burung hijau. Dan dalam Saheh Muslim;
Roh Syuhadak berada di dlam perut burung hijau. Kata Ibnu Umar; berdasarkan
kepada semua ulasan ini seolah-olah Rasul Allah s.a.w.mengatakan; (Sesungguhnya
roh orang yang mati syahid berterbangan bergantung pada pokok-pokok dalam
syurga.)
Sumber pengajian;
Ibnu al-Qaiyum, al-Roh,
Dar Ibnu Kathir, Berut, cetakan 6, t 2005, hal 255
Oleh
Ustaz Ya ali bin Dahaman Imam Masjid al-Syakirin Oran
Ustaz Ya ali bin Dahaman Imam Masjid al-Syakirin Oran

No comments:
Post a Comment