Tuesday, 19 June 2012

SELAMAT HARI BAPA



Abah
setiap kali dikau tidur pasti akan ku jenguk
melihat kearah anggota badanmu 
aku sangat bersyukur apabila nafasmu itu masih 
turun dan naik

Abah
tiada insan lain yang dapat menggantikanmu
kasih sayang yang dikau berikan
cukup buatku menghargai kehidupan ini
dan masih teguh berdiri segagah ini

Abah
dalam kau tidak sedar kau lah ratu hatiku
wira bagi seluruh hidupku
insan paling bermakna bagi ku
dan kau jua segalanya bagiku

Abah
masa ini sangat singkat
dari sehari ke sehari aku takut akan masa itu
tapi aku pasti satu hari nanti ianya pasti terjadi
kerana kita hanya hidup dan kembali kepadaNYA

Abah
hari ini hari bapa buat abah
moga abah sihat sentiasa
moga abah diizinkanNYA panjang umur
 dan murah rezeki

Ketahuilah abah yang anak-anakmu terlalu menyayangimu




Selamat Hari Bapa buat bapa-bapa seluruh dunia kerana tanpamu siapalah kami :

No comments:

Post a Comment